dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADIPreneur Live Webinar Perancangan Perniagaan & Perancangan Kewangan

8 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 07 Mei 2026, seorang peserta telah menyertai NADIPreneur Live Webinar Perancangan Perniagaan & Perancangan Kewangan yang dijalankan secara dalam talian melalui Google Meet. Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan menyediakan perancangan perniagaan yang teratur serta pengurusan kewangan yang sistematik bagi memastikan sesebuah perniagaan dapat berkembang dengan lebih stabil dan berdaya saing.

Dalam sesi webinar tersebut, peserta turut didedahkan kepada konsep business roadmap sebagai panduan dalam menentukan hala tuju perniagaan, menetapkan matlamat, serta merancang pencapaian (milestones) perniagaan secara berperingkat. Selain itu, peserta juga memahami bahawa perancangan perniagaan bukan sekadar dokumen semata-mata, tetapi berfungsi sebagai alat pemantauan operasi harian dan strategi perkembangan perniagaan dalam jangka masa panjang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.